Sunday 26 February 2012

Isu Pencemaran Air Sungai – Kesan Pencemaran Air Sungai Kepada Manusia Berpunca Daripada Sikap dan Kurang Penguatkuasaan


Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, habacahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Mungkin anda kurang pemerhatian atau anda sudah menjadi imune terhadap isu-isu pencemaran air. Lantas anda bersikap seperti tidak mengapa atau tidak kisah akan pencemaran tersebut. Asalkan air yang anda terima itu tidak mempunyai apa-apa warna maka anda sudah mengklasifikasikan sebagai air terawat yang sihat. Namun pada hakikat sebenarnya terdapat isu besar disebalik air jernih yang sampai melalui paip kerumah kita.
Peta menunjukkan kawasan-kawasan diSemenanjung Malaysia dimana kita dapat melihat kawasan-kawasan yang mempunyai pertumbuhan industri yang tinggi mempunyai kadar pencemaran yang tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai industri.
Apakah Perspektif Atau Tanggapan Rakyat Malaysia Terhadap Sungai?
Jika kita tinjau disepanjang sungai di Malaysia, tak kira sungai itu kecil atau besar atau panjang, kita dapat lihat betapa banyaknya sampah-sampah bertaburan terapung di permukaan air sungai. Ini ditambah dengan warna air sungai yang telah berubah wajah dan berkeladak. Ini menunjukkan bahawa semakin panjang sungai itu maka semakin banyaklah sampah-sampah akan dibuang kedalam sungai kerana terdapat banyak rumah-rumah ditebing sungai. Cara paling mudah bagi mereka untuk melupuskan sampah-sampah ialah dengan membuangnya ke dalam sungai agar ia di hanyutkan kedalam laut nan luas itu tanpa mereka memikirkan akan kesan jangka masa panjang keatas ekosistem sungainya.
Darimanakah Sumber Pencemaran Air?
Pencemaran Air dikenalpasti berpunca daripada:
1.  Industri – sisa buangan effluent tanpa rawatan, kelodak, buangan komersial, dan sisa pepejal
2.  Perumahan – sisa buangan najis manusia, buangan makanan dari restoran dan gerai makanan, benkel kereta dan kedai cuci kereta, minyak dan lain-lain.
3.  Pertanian – racun serangga dan baja.
Pelepasan segala macam pencemaran mengalir terus kesungai-sungai akan mengakibatkan kesan yang amat berat kepad biologi sungai. Antaranya:
1. Bekalan air minuman akan terjejas berikutan peningkatan paras logam berat dan racun didalam air.
3. Kemusnahan habitat yang menjadi tempat pembiakan hidupan air seperti ikan dan juga tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan kepada hidupan air.

Pesanan Syarih: Sudah sewajarnyalah kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab keatas pencemaran yang berlaku keatas air sungai dinegara kita ini. Jika kita berterusan melakukan perkara yang sama maka suatu hari nanti dibimbangi negara kita akan mengalami krisis dalam kehidupan kita seharian. Oleh itu kita sepatutnya bermula dari rumah dimana setiap buangan dan pelupusan hendaklah dilakukan dengan cara yang betul. Langkah berjimat cermat dan merancang dalam segala hal juga akan memberi kesan yang besar keatas pencemaran. Sikap yang baik jika diamalkan oleh setiap orang akan memjamin kebersihan kepada seluruh warga negara. Hasilnya kehidupan kita semua akan menjadi sihat dan lebih sejahtera.

Read more: Isu Pencemaran Air Sungai – Kesan Pencemaran Air Sungai Kepada Manusia Berpunca Daripada Sikap dan Kurang Penguatkuasaan. | | SySBLOGGERSySBLOGGER http://blogsyarih.com/isu-pencemaran-air-sungai-kesan-pencemaran-air-sungai-kepada-manusia-berpunca-daripada-sikap-dan-kurang-penguatkuasaan-2/#ixzz1nVAyvrDJ
Under Creative Commons License: Attribution


Read more: Isu Pencemaran Air Sungai – Kesan Pencemaran Air Sungai Kepada Manusia Berpunca Daripada Sikap dan Kurang Penguatkuasaan. | | SySBLOGGERSySBLOGGER http://blogsyarih.com/isu-pencemaran-air-sungai-kesan-pencemaran-air-sungai-kepada-manusia-berpunca-daripada-sikap-dan-kurang-penguatkuasaan-2/#ixzz1nVAtCbx4
Under Creative Commons License: Attribution



Read more: Isu Pencemaran Air Sungai – Kesan Pencemaran Air Sungai Kepada Manusia Berpunca Daripada Sikap dan Kurang Penguatkuasaan. | | SySBLOGGERSySBLOGGER http://blogsyarih.com/isu-pencemaran-air-sungai-kesan-pencemaran-air-sungai-kepada-manusia-berpunca-daripada-sikap-dan-kurang-penguatkuasaan-2/#ixzz1nVAg0bbW
Under Creative Commons License: Attribution

No comments: